CD KOMPILASI “RASULULLAH, AKU RINDU”
Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.”
Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t.
Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: “Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah.” (Surah al-Najm 53: 3-4)
Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah.
Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh… hanya kerana ingin menyampaikan iman dan Islam buat manusia.
Kebaikan Rasulullah bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita.
Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang.
Inilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A‘la(Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta.
Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-samanya di dalam syurga. Dan sewajar selalu bertanya kepada hati sendiri, “Di mana Rasulullah di hati kita?” Oleh itu, kami terbitkan CD Terbaru ini agar cinta di hati kita sentiasa subur pada Rasulullah s.a.w
CD KOMPILASI RASULULLAH, AKU RINDU (New)
7 Tajuk Cd Kompilasi : Rasulullah, Aku Rindu
1) Indahnya Rumahtangga Rasulullah saw
2) Langkahmu Kanku Turuti Jua
3) Rumahtangga Style Nabi
4) Hidup Hasanah Seperti Rasulullah
5) Rasulullah , kami rindu padamu
6) Rasulullah uswatun hasanah sepanjang zaman
7) Pedoman Akhlak Rasulullah
Penceramah : 18 Penceramah (Antaranya Ustazah Asma’ Harun, Ustaz Don, Ustaz Shamsul Debat, Ustaz Abdulla Khairi dan ramai lagi)
Jumlah Kuliah : 7 Kuliah
Durasi Masa : Hampir 12 Jam
Format : MP3
Harga : RM20.00
Terbitan : Fatehteam
Stok TERHAD untuk 50pcs sahaja. Percuma Kad Doa
Sebarang pertanyaan boleh hubungi team kami di http://www.wasap.my/60196066697/CDSayaRinduRasulullah