Mihrab Coaching 3 : Qalbun Salim

Mihrab Coaching adalah satu program perlatihan online yang ekslusif dibangunkan oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dan Dr Ustaz Azahar Yaakub dengan kerjasama Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz, Team JomToJannah dan Fateh Team.
Program 'transfer knowledge' dan perkongsian pengalaman ini adalah juga bertujuan untuk mengumpul dana pembangunan Tahfiz Madinatul Huffaz Fasa kedua yang sedang dalam fasa pembinaan.
Kenapa di beri nama Mihrab? Gambaran daripada nama Mihrab adalah satu tempat yang kita khususkan untuk kita bermunajat kepada Allah, untuk kita berzikir dan untuk kita beribadah kepada Allah. Dalam bentuk ibadah yang lebih khusus. Jadi, kita namakan sebagai Mihrab, seperti mana Mariam as ada mihrabnya. Dari siri pengajian ini, para peserta insyaallah akan di bimbing oleh ustazah sendiri dan juga Dr Ustaz Azahar Yaakub.
Alhamdulillah, atas permintaan para peserta, Mihrab Coaching ke 3 akan di adakan seperti di dalam jadual di bawah. Tema kali ini adalah Qalbun Salim menerusi Asmaul Husna. Ustaz dan Ustazah akan kongsikan dalam 4 siri untuk pengajian kali ini.
Di bawah ini adalah jadual pengajian 4 siri untuk tema Qalbun Salim menerusi Asmaul Husna. Kelas pengajian akan bermula seperti tarikh di bawah , jam 10.30pagi. Video pengajian kelas Mihrab Coaching boleh di tonton berulang kali.
Pengajian pembelajaran Asmaul Husna kali ini memberikan penekanan kepada pembangunan pembentukan Qalbun Salim iaitu hati yang sejahtera hati yang bersih. Hati yang ada jiwa tauhid di dalamnya, Qalbun Salimlah yang paling layak untuk bertemu dengan Allah. Pada hari yang tidak ada lagi manfaat , anak-anak mahupun harta kecuali yang datang kepada Allah dengan Qalbun Salim.
Jadi pastikan tuan puan mendaftar untuk siri yang ketiga di bawah tema Qalbun Salim menerusi Asmaul Husna. InsyaAllah pelaburan tuan puan untuk ilmu ini akan disalurkan untuk infaq pembangunan dana Tahfiz Madinatul huffaz fasa 2.
Ada sahabat yang bertanya bila live dan saya terlepas kelas, saya boleh tengok semula tak?
Insyallah boleh. Sahabat-sahabat yang sertai kelas Mihrab Coaching boleh tonton berulangkali untuk ulangkaji. Sekiranya bekerja atau balik kampung pada tarikh tersebut, boleh tonton balik. Boleh baca nota-nota sahabat di ruangan komen untuk ulangkaji.
Jadi, pastikan tuan/puan sekalian,daftar bersama-sama tak kira adik-adik, kakak-kakak, tuan-tuan,puan-puan, siapa sahaja yang bersama-sama dengan ustazah untuk mencari keredhaan Allah untuk merasakan nikmat zikrullah, untuk benar-benar memaknai penghayatan makrifatullah, mengenal Allah.
Mari duduk dalam circle ini, dalam halaqah ini, yang lebih exclusive dalam masa yang sama tuan/puan juga adalah komuniti Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang sekarang sedang giat pembinaan tapi masih memerlukan kepada dana yang besar untuk melengkapkan satu kompleks yang agak besar, iaitu Kompleks Madinatul Huffaz.
Terima kasih semua. Selamat datang. Alhan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum kepada satu program exclusive Mihrab Coaching : Qalbun Salim Menerusi Asmaul Husna
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami ya Allah, ampunillah kami ya Allah. Mudah-mudahan Engkau bimbing kami, berikan kami ilham yang terbaik, kebijaksanaan, hati yang mulia ya Allah untuk kami dapat mengenalmu dan mendapat keredhaanmu. Amin.
Moga selepas kelas ini kita akan lebih terasa kemanisan iman dan khusyuk dalam ibadah dengan penghayatan Asmaulhusna.