Pendrive La Tahzan (Usahlah Bersedih)

Pendrive La Tahzan (Usahlah Bersedih)

 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)


Dalam kehidupan di dunia ini setiap dari kita tidak akan lari daripada melalui pelbagai ujian hidup dalam pelbagai bentuk. Setiap ujian pastinya tidak akan sama antara satu sama lain. Bagaimanapun apa juga bentuk ujian itu tidak penting kerana apa yang penting bagaimana kita berhadapan dan menerima ujian yang mendatanginya.

Di setiap satu ujian yang Allah datangkan kepada kita pasti ada kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya, kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita bukan secara sia-sia melainkan ada hikmah bersama setiap ujian itu.

Kita hendaklah yakin dengan ketentuan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan takdirNya. Oleh itu, apa juga perkara yang menggugah perasaan kita hendaklah selalu mengajar hati untuk kembali kepada Allah dan mendidik diri tentang La Tahzan.


Mengambil iktibar dari sebuah buku yang bertajuk La Tahzan, karangan penulis tersohor Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni, yang mengandungi banyak kata-kata motivasi dan memberi inspirasi kepada kita agar tidak menentang takdir, tidak menyesal dengan kehidupan, sebaliknya sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran dan as-sunnah serta berbanyakkan sabar dan taat kepada Allah SWT.

Namun makna La Lahzan atau jangan bersedih itu sendiri adalah sangat memberi motivasi kerana kata-kata ini seolah-olah mengajak kita untuk kembali kepada Allah SWT saat kita merasa lemah berdepan ujian kehidupan ini. La tahzan juga mengajar kita untuk mencari kekuatan diri saat kita merasa cukup lemah berdepan pelbagai karenah manusia, atau berdepan dengan apa juga cabaran dan kesukaran kehidupan.

La tahzan, sekurang-kurangnya dapat merawat hati kita untuk mencari kekuatan diri dengan mendidik iman bahawa dunia ini bukanlah segala-galanya kerana pada saat yang tepat kita akan kembali kepadaNya dan kejayaan serta kesabaran kita menempuh dugaan Allah akan menjadi sesuatu yang menentukan kehidupan kita di akhirat nanti sama ada syurga atau neraka.


Hakikatnya, dunia ini bukanlah kekal buat setiap makhluk yang hidup, sampai ajalnya manusia akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Sama juga dengan dugaan dalam kehidupan kita tidak akan kekal buat selama-lamanya, oleh itu bertenang dan bersabarlah berdepan dengan musibah atau apa juga ujian kerana apabila tiba saatnya ujian itu akan ‘pergi’ juga.

Sebaliknya, pada saat kita berdepan dengan pelbagai rintangan kehidupan, itulah waktunya kita membekalkan sebanyak mungkin kesabaran, ketabahan, redha dan kembali kepada Allah dengan doa serta solat agar setiap amal kebaikan yang kita lakukan saat berdepan musibah itu dihitung Allah sebagai amal jariah kita untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala yang akan memberatkan amal timbangan kita di akhirat nanti.

Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”. (Al-Ankabut : 2-3)





Justeru, la tahzan adalah satu bentuk motivasi kepada kita untuk meyakini bahawa didiklah hati agar selalu dekat dan kembali kepada Allah dalam apa juga saat kita diuji sama ada nikmat atau kesengsaraan.

Jangan sesekali kita jauh daripada terus berdoa kepada Allah kerana barangkali kita yang lemah tidak tahu bahawa Allah selalu punya cara untuk membahagiakan manusia. Di sebalik peritnya ujian hidup pasti ada kelazatan dan kenikmatan saat hati kita redha dengan apa juga musibah yang mendatangi kita.

Dapatkan manfaat seisi keluarga dari Pendrive La Tahzan ini, seolah-olah ia memberi semangat dan motivasi  kepada kita , “Bergembiralah dan berbahagialah!” Amat sesuai untuk semua peringkat usia , pasangan suami isteri, anak-anak, golongan bekerjaya, para pelajar dan boleh dijadikan modul usrah dalam keluarga kerana pengisian dalam Pendrive La Tahzan penuh penceritaan kehidupan, penuh hikmah dan gaya bahasa yang mudah difahami dan dihayati. 


Pendrive La Tahzan ini sesuai untuk mereka yang sentiasa hidup dalam bayang-bayang kegelisahan, kehilangan orang tersayang ,kekeliruan, kesedihan yang mengulit diri, insan yang dibebani kedukaan. Pengisiannya penuh dengan saranan motivasi dan semangat hidup untuk bahagia dan membahagiakan serta memberikan jiwa kita hanya pada Allah. 





Sinopsis 


Pelbagai masalah yang dihadapi tidak kira antara pasangan, adik beradik, anak-anak, keluarga, majikan, rakan sekerja, rakan malah dengan diri sendiri juga. Kesannya diri akan mengalami tekanan, jiwa tidak tenteram, rasa bersalah, dukacita, kerja menjadi serba tidak kena dan semangat menjadi luntur.


Dapatkan Pendrive La Tahzan untuk jalani kehidupan dengan penuh semangat dan bermotivasi setiap hari.


Kelebihan Pendrive La Tahzan

•Dapat memberi solusi dalam menghadapi masalah hidup

•Mengisi kerohanian dalam diri

•Membantu dalam muhasabah diri

•Membangkitkan semangat diri 

•Bersedia dalam menghadapi ujian

•Mendekatkan diri pada Allah

•Meningkatkan nilai hidup

•Mencantikkan peribadi dan miliki jiwa yang kental


Ciri-ciri Pendrive La Tahzan

• Terdapat 21 kuliah motivasi

• Durasi setiap kuliah antara 45 minit - 1 jam 15 minit

• Kuliah pengajian dari Kitab La Tahzan

• Penceramah: Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki 

• Durasi hampir 20 jam

• Format Audio (mp3)

• Platform : Pendrive


Senarai tajuk siri kuliah Pendrive La Tahzan 



Semoga setiap kali kita mendengar pengisian dalam Pendrive La tahzan ini, memberi kesedaran dan keyakinan dalam apa jua situasi kita, Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Kita menjadi hamba Allah yang bersyukur, hidup lebih bermotivasi , jiwa semakin kuat dan penuh semangat serta kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.


Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkan lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia.


Miliki Pendrive La Tahzan sekarang untuk seisi keluarga. 


Dalam riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya besarnya pahala seseorang itu tergantung besarnya ujian yang ia terima, dan sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai sebuah kaum, maka kaum tersebut akan diuji oleh Allah SWT, barangsiapa yang redha dengan ujian serta cubaan tersebut, maka baginya pahala yang besar disisi Allah, akan tetapi jika dia marah atau tidak redha dengan ujian tersebut, maka dia hanya akan mendapat kemurkaan dari Allah SWT.

Semoga, dengan ujian dan membuat kita kembali pada Allah. Seterusnya sabar dan tabah menerima apa yang telah ditakdirkan, bermusabah diri dan bertaubat dengan segala dosa yang kita lakukan. Kemudian kita memperbaharui segala perilaku diri agar mendapat pengampunan dan redha Allah SWT.

Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih. Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa. Kerana ingatlah, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pendrive La Tahzan (Usahlah Bersedih)
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel fatehteam@yahoo.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaFATEHTEAM RESOURCES
No. Akaun12038010110869
Buka Bank Islam IB  
PenamaFATEHTEAM RESOURCES
No. Akaun8008897944
Buka CIMB Clicks  

PENGESAHAN


Maklumat Peniaga

FATEHTEAM
fatehteam@yahoo.com
+60196066697