E-Video Mukim Mihrab Coaching : Rumahtangga Syurgawi
Apa itu bahagia? Setiap dari kita mempunyai definasi yang berbeza mengenai bahagia berdasarkan apa yang kita ingini. Antara anugerah terindah yang Allah kurniakan pada kita adalah Allah berikan kita sebuah keluarga. Di dalamnya adanya pasangan yang kita cintai, anak-anak yangi kita sayangi, ibu bapa kita, adik beradik kita, mertua kita dan siapa yang hadir dalam hidup kita menyempurnakan kebahagiaan kita. Dalam rumahtangga, kita sangat mengimpikan rumahtangga syurgawi. Hidup penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati dan penuh harmoni.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” al-Rum: 21.
Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya. Syukur kerana Allah hadirkan kita sebuah keluarga. Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.
Demikianlah juga kecintaan seorang isteri kepada suaminya, kecintaan suami-isteri kepada anak-anak mereka dan kecintaan anak-anak kepada ibubapa mereka. Semua itu tidak lain adalah hasil dari cinta mereka kepada Allah.
Pasangan hidup kita adalah sahabat terdekat kita. Tanyalah pada pasangan kita, agak-agak layakkah kita ini masuk syurga Allah? Muhasabah di antara satu sama lain. Menjaga pasangan bukan pada makan , minum, pakaian sahaja. Tapi amalan wajib dan amalan sunat. Berlumba-lumba dalam melaksanakan kebajikan. Agar kita menjadi pasangan bahagia dalam mengimpikan rumahtangga syurgawi.
Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Kerna itu kita perlukan ilmu dan bersama orang soleh agar kita boleh membina rumahtangga syurgawi.
Mari kita merenung sebuah hadith Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmidzi.
” JIka ALLAH menginginkan kebaikan kepada penghuni satu rumah, maka DIA akan memasukkan ke dlm rumah tersebut kelembutan”.
Justeru, mari kita menilai suasana dalam rumah yang kita diami. Bagaimana akhlak suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, sesama adik beradik, dengan pembantu dan sebagainya.
Kelembutan itu lebih dekat dgn kecintaan Allah. Moga ilmu yang kita pelajari dapat di aplikasikan dalam membina rumahtangga syurgawi.
Kita hayati lirik lagu Rumahtangga Syurgawi
Setiap dari kita inginkan rumahtangga syurgawi. Semua ingin bahagia, semua ingin keluarga sakinah, keluarga yang penuh berkah.Rumahtangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan antara pasangan. Hentikan berharap pasangan kita berubah menjadi seperti yang kita harapkan. Mulakan perubahan tersebut dengan diri kita sendiri, hari ini.
Jom kita upgrade ilmu, motivasi dan semangat dengan kalam nasihat dari para guru. Dapatkan perkongsian pengalaman dalam rumahtangga serta cara mendidik anak dari para guru dalam membentuk rumahtangga syurgawi.
Mukim Mihrab Coaching (MMC) yang bertemakan "Rumahtangga Syurgawi". Bimbingan ekslusif dalam bab rumahtangga bahagia yang penuh kejujuran dalam perkongsian. Bimbingan mendidik anak-anak abad ke-21. Insyallah kita akan di bimbing oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dan para guru yang sangat berpengalaman iaitu
1. Dato' Dr Fadzilah Kamsah
2. Ustaz Habib Ali Zainal Abidin
3. Ustaz Habib Najmuddin
4. Dr. Ustaz Azahar Yaakub
5. Ustaz Haji Muhadir Haji Joll
6. Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa
7. Dr. Robiah K Hamzah
8. Datuk Prof Dr. Muhaya
9. PM Dr. Syarifah Hayati
10. Saudari Aisyah Hijanah
11. Pn. Hajjah Rohani Datuk Mohd Shahir
12. Bonda Ngaedah
13. Puan Fadhlina Siddiq
Senarai tajuk Mukim Mihrab Coaching : Rumahtangga Syurgawi
TESTIMONI PARA PESERTA YANG MENYERTAI MUKIM MIHRAB COACHING : RUMAHTANGGA SYURGAWI
INI YANG PALING PENTING!
Siapa Yang MESTI mendaparkan E-Video Mukim Mihrab Coaching : Rumahtangga Syurgawi?
● Pendamba kehidupan di dunia dan akhirat.
● Pasangan suami isteri pada segenap usia/tempoh rumahtangga telah berlangsung.
● Bakal-bakal suami, bakal isteri, bakal ibu dan bakal bapa .pemuda pemudi yang sentiasa bersiap sedia memegang amanah keluarga. Khusus juga kepada suami isteri atau keluarga yang sedang melalui ujian berantakan, tekanan dan lain-lain.
“Sahabatku fillah...kalian berhak bahagia...Allah ciptakan kita untuk menikmati kebahagian di dunia dan akhirat...hanya sahaja ia memerlukan tuntunan Rabbani dan tarbiyah yang mendasar kepada jiwa dan pekerti. Hentikan tangisan kalian, sapu airmata kekecewaan...Nur di hadapan kalian, hanya mungkin terhijab kerana karat nafsu dan kelemahan kita sendiri.
Bila E-VIDEO Mukim Mihrab Coaching : Rumahtangga Syurgawi akan dapat?
E-VIDEO Mukim Mihrab Coaching : Rumahtangga Syurgawi akan dapat melalui email selepas pembelian disahkan dalam tempoh 24jam. Pastikan email betul dan sila semak email dari pihak Fatehteam.
- Semua kandungan video MMC tidak boleh dikongsikan dalam apa jua bentuk kepada pihak yang lain tanpa izin URUSETIA.
- Pembayaran tidak boleh dipulangkan kembali kecuali atas sebab-sebab yang datang daripada pihak penganjur.