Mihrab Coaching : Saat Badai Melanda, Ke Mana Pelarianku?

Program yang sangat exclusive bersama dengan ustazah iaitu program yang ustazah pilih namanya ialah “Mihrab Coaching by Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa”.
Kenapa Mihrab?
Kerana gambaran daripada nama Mihrab adalah satu tempat yang kita khususkan untuk kita bermunajat kepada Allah, untuk kita berzikir dan untuk kita beribadah. Dalam bentuk ibadah yang lebih khusus. Jadi, kita namakan sebagai Mihrab, seperti mana Mariam as ada mihrabnya.
Jadi, mengambil sempena nama mihrab yang akan insyaallah di bimbing oleh ustazah sendiri dan juga Dr Azahar Yaakub pada beberapa program yang lain.
Dengan mengambil nama mihrab tersebut juga, mudah-mudahan dapat memberikan satu gambaran kepada kita semua bahawa tujuan kita ini adalah sebagai satu circle, satu kumpulan atau satu halaqah hamba-hamba Allah yang benar-benar ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ingin sampai kepada Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah dan apatah lagi Allah redha dengan kita semua.
Untuk Mihrab Coaching kita kali ini, tema perbincangannya ialah “Saat Badai Melanda, ke mana pelarianku?”. Siapa pernah alami situasi diuji dengan begitu hebat. Dan ke mana arah tujuan.
Ustazah akan kongsikan dalam 3 siri untuk episode yang pertama ini. Perkara yang ustazah tidak pernah kongsikan di public ataupun pada orang ramai, sama ada dalam ceramah ataupun tazkirah. Kerana ia adalah sesuatu yang agak bersifat peribadi.
Tetapi ustazah, nak kongsikan dalam group exclusive ini yang ustazah percaya saat tuan/puan mendaftar, kita memiliki suatu niat dan tujuan yang sama iaitu benar-benar nak mencari keredhaan Allah.
Pertama,InsyaAllah, ustazah akan bawa tuan/puan untuk menghayati beberapa perkara,beberapa kisah yang sangat exclusive,sangat agak peribadi tetapi mempunyai nilai ataupun impak yang sangat besar dalam kehidupan ustazah sendiri.
Jadi, daripada itu nanti kita akan bawa bagaimana badai-badai yang melanda dalam hidup yang kadang-kadang kita hanya lihat sisi seolah-olah semuanya macam bagus-bagus sahaja tapi sebenarnya ada banyak sisi lain dalam hidup kita.
Di mana insyaallah, semuanya nak menghantarkan hati kita ini untuk lebih yakin dengan Allah, untuk lebih rasa nikmat mengingati Allah, untuk kita merasakan memang tak berbaloi kita nak mencari cinta manusia semata-mata dan kita lupakan perjuangan untuk mencari cinta Allah Azza wa jalla.
Kedua, kenapa tuan/puan mesti mendaftar segera untuk Mihrab Coaching iaitu “Saat Badai Melanda, di mana pelarianku?”
Kerana tuan/puan sebenarnya telah menderma. Saat tuan/puan mendaftar ,tuan/puan telah menderma untuk Tahfiz kesayangan kita semua iaitu Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang sekarang dalam fasa pembangunan fasa yang kedua.
Alhamdulillah, Dah naik dah satu tingkat, nak siapkan lagi sampai empat tingkat. Jadi tuan/puan sekalian, mari sama-sama dengan komuniti Madinatul Huffaz dengan mendaftar untuk projek ini. Kerana sebenarnya itu adalah pulangan yang tuan/puan berikan secara yang nampak atas dunia ni adalah untuk Madinatul Huffaz dan dalam masa yang sama pasti Allah akan menganjari tuan/puan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Yang ketiga, kenapa mesti mendaftar? Kerana ini adalah group yang exclusive bersama dengan ustazah. Di mana dalam apa-apa urusan, apa-apa hal pun dengan masyarakat, insyaallah ustazah akan dahulukan group ini. Sama ada, nak beri peluang untuk engagement yang lebih luas dengan ustazah dan nanti kita akan masukkan dalam satu group telegram yang khusus dalam group Mihrab Coaching by Ustazah Norhafizah Musa ni. Jadi, boleh menjadi satu komitmen ustazah untuk meraikan persoalan tuan/puan, perkongsian tuan/puan, mendahulukan apa juga daripada pengalaman ataupun pengamalan yang ustazah dah lakukan dan lalui. Insyaallah, ini adalah satu group yang sangat exclusive, “Mihrab Coaching by Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa”.
Yang keempat, ini adalah projek pertama jika tuan/puan mendaftar, insyaallah ada projek kedua, ketiga,keempat, yang telah pun kita susun sebenarnya. Kami dah susun daripada, tahun lepas lagi tuan/puan sekalian dan memang nak lauching dalam bulan Mac. Tengok-tengok pula, masyaallah ini musibah yang sedang melanda negara kita Malaysia khususnya dan juga dunia umumnya. Tapi apa pun, kami tak akan berhenti , maknanya tak akan menangguhkan. Ada hikmah disebalik itu dan mungkin ini juga peluang yang lebih baik dalam keadaan kita semua terbatas pergerakan. Kita gunakan peluang ini untuk bersama-sama membetulkan niat, memberi motivasi sesama kita untuk benar-benar cuba memahami setiap apa yang berlaku dalam hidup kita sama ada secara peribadi ataupun masyarakat yang lebih luas.Sebenarnya semua itu adalah panggilan Allah untuk kita cepat-cepat datang memberikan ataupun mengembalikan jiwa raga kita hanya kepada Allah Azza wa jalla. Jadi, ada beberapa projek lagi selepas projek yang pertama ini, akan didahulukan kepada siapa yang mendaftar untuk projek yang pertama dan akan diberikan diskaun dan sebagainya.
Yang sekarang ini tuan/puan sekalian ,dalam masa yang sangat terdekat ini , ustazah harap kita semua boleh segera mendaftar untuk projek yang pertama iaitu “Saat Badai Melanda, ke mana Pelarianku?” Iaitu sebuah perkongsian kisah-kisah yang pernah ustazah alami dalam kehidupan sendiri, dalam pengalaman sendiri,dan bagaimana ia memberikan satu impak yang sangat besar dalam kehidupan.Boleh jadi, pengalaman ustazah adalah pengajaran untuk kita bersama.
Jadi, pastikan tuan/puan sekalian,daftar bersama-sama tak kira adik-adik, kakak-kakak, tuan-tuan, puan-puan, siapa sahaja yang bersama-sama dengan ustazah untuk mencari keredhaan Allah untuk merasakan nikmat zikrullah, untuk benar-benar memaknai penghayatan makrifatullah, mengenal Allah.
Mari duduk dalam circle ini, dalam halaqah ini, yang lebih exclusive dalam masa yang sama tuan/puan juga adalah komuniti Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang sekarang sedang giat pembinaan tapi masih memerlukan kepada dana yang besar untuk melengkapkan satu kompleks yang agak besar, iaitu Kompleks Madinatul Huffaz.
Terima kasih semua. Selamat datang. Alhan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum kepada satu program exclusive Mihrab Coaching by Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami ya Allah, ampunillah kami ya Allah. Mudah-mudahan kau bimbing kami, berikan kami ilham yang terbaik, kebijaksanaan, hati yang mulia ya Allah untuk kami dapat mengenalmu dan mendapat keredhaanmu. Amin.
Soal Jawab Mengenai Kelas Live di FB Group Ekslusif : Mihrab Coaching by Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa
Di mana kelas Mihrab Coaching by Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa diadakan?
Oleh kerana online maka para peserta perlu hadir ke kelas ini di tempat masing-masing, di rumah masing-masing selama tiga Hari iaitu pada 25, 26 dan 27 Mac 2020.
Sesi kelas akan berlangsung selama lebih 1 jam bermula dari jam 10 pagi di FB Group Ekslusif.
Jadi sepanjang kelas berlangsung, peserta harus fokus berada di meja belajar masing-masing. Sediakan pen dan buku.
Selamat mendaftar ke Kelas Mihrab Coaching by Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.