Diari Hati Yang Bersyukur
Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur.
Justeru, syukur itu mengusir gelisah, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad.
Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah...tetapi juga satu muqadimah.
Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum.
Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup.
Allah Berfirman :
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”. – (Q.S Ibrahim: 7)
Syukur Itu Bahagia
Bahagia Itu Ada Di Dalam Hati
Bahagia itu tidak perlu mahal. Bahagia itu hanya perlu rasa cukup. Bahagia itu terkait dengan Syukur. Syukur itu Murah. Syukur itu menjadikan kita bahagia.
Bahagia itu hadir pada mereka yang miliki hati yang bersih. Alangkah bahagia jika dalam diri kita, pasangan dan keluarga kita miliki hati yang bersih. Menjadikan keluarga kita tenang dan bahagia.
Bagaimana untuk dapat hati yang bersih? Hati ini mesti betul-betul ikhlas hanya untuk Allah. Kita fahami dan hadam setiap apa yang kita lakukan hanya untuk Allah.
Lahirkan hati yang ikhlas kepada Allah. Pasti kita akan dapat rasai kebahagiaan.
Diari Hati Yang Bersyukur adalah adalah diari yang kita gunakan antaranya adalah untuk menyusun tasklist tugasan kerja harian kita, list kesyukuran, list doa hari itu, list amalan luar biasa yang kita ingin lakukan hari itu dan list kejayaan kita hari tersebut. Dan menerusi diari hati yang bersyukur kita boleh koreksi dan muhasabah setiap hari untuk jadi hamba Allah yang lebih baik dan bersyukur.
Pasangan dan ahli keluarga kita juga boleh baca Diari Hati Yang Bersyukur kita. Bila kita baca balik, menjadikan kita lebih bersyukur, bahagia dan sedar betapa banyak nikmat kurniaan Allah berikan pada kita.
Tujuan penerbitan Diari Hati Yang Bersyukur ini adalah untuk melahirkan diri kita agar menjadi hamba Allah yang bersyukur dan positif, Insyallah. Diari Hati Yang Bersyukur adalah untuk 30 hari. Boleh mulakan bila-bila masa tanpa tunggu tahun baru atau akhir tahun. Bila-bila boleh mulakan.
Rancang kehidupan kita dan keluarga setiap hari menerusi Diari hati Yang Bersyukur
Menariknya Diari hati Yang Bersyukur adalah 3 in 1
- Koleksi Doa dari Al Quran
- Mutiara Syukur
- Diari Hati Yang Bersyukur
Tambahan dalam Diari hati Yang Bersyukur
- Mutaabaah Amal
- Saat Gambar Berbicara Tentang Syukur
Jom bersama merancang dan tingkatkan amalan 30 hari dengan Diari hati Yang Bersyukur. Misi kita kali ini adalah membina peribadi SYUKUR dalam diri.
FEEDBACK SAHABAT YANG TELAH MILIK DIARI HATI YANG BERSYUKUR
YAD. SS Dato' Dr Haji Anhar Bin Haji Opir (Mufti Selangor)
Apa yang menarik dengan Diari Hati Yang Bersyukur dari Fatehteam ni? Pertama Diari Hati Yang Bersyukur bersama free gift. Diari Hati Yang Bersyukur ini juga boleh di dapati secara borong sekiranya anda ingin dapatkan pada kuantiti yang banyak untuk di jadikan hadiah pada insan tersayang atau untuk jana pendapatan sendiri, masjid, tahfiz, persatuan dan sebagainya.
Best jika ahli keluarga menggunakan Diari Hati Yang Bersyukur ini sebagai rekod, koreksi atau muhasabah dan list kesyukuran harian. Para ibu bapa dan pasangan boleh buat sesi kesyukuran, muhasabah, koreksi dan “monitoring” bersama anak-anak dan ahli keluarga agar setiap hari lebih baik dari hari semalam. Dan semoga Diari Hati Yang Bersyukur ini menjadikan kita ahli syukur. Apa yang kita lalui dalam kehidupan menjadikan kita lebih matang, positif dan sentiasa bahagia.
Isi Kandungan Diari hati yang Bersyukur 3 in 1
- Koleksi Doa dari Al Quran
- Mutiara Syukur
- Diari Hati Yang Bersyukur
Kandungan Diari Hati Yang Bersyukur
- Koleksi Doa dari Al Quran
- Mutiara Syukur
- Diari Hati Yang Bersyukur
- Mutaabaah Amal
- Saat Gambar Berbicara Tentang Syukur
- Idea
- List Kesyukuran
Isi kandungan yang kemas dan lengkap untuk anda seisi keluarga gunakan setiap hari.
Ciri-ciri Buku Diari Hati Yang Bersyukur
- Content dan design yang menenangkan
- Bersaiz A5 mudah dibawa kemana-mana
- Muka surat : 84
Harga :
1 pcs : RM20
Pakej Jimat :
3 pcs - RM/pcs
5 pcs - RM18/pcs
10pcs - RM15/pcs
>>>KLIK SINI UNTUK WHATSAPP KAMI<<<
Boleh juga dapatkan produk yang lain di sini.
Tasbih Digital Mihrab RM20