E-Video Khusyuk Solat (PERCUMA)

Solat merupakan satu ibadah yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Sudah pasti kita ingin miliki solat yang berkualiti iaitu solat yang khusyuk. Kita perlu sertakan juga hati dan fikiran kita dalam solat. 'Khusyuk' . Satu perkataan yang mudah disebut tetapi sukar untuk dilakukan.
Dalam kuliah, ustaz ada buat analogi, jika tukang jahit setiap hari menjahit, jahitannya akan makin kemas , cantik dan berkualiti. Dan tukang jahit itu makin mahir. Begitu juga dengan solat kita. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, semestinya solat kita lebih berkualiti dengan khusyuk dalam solat. Makin usia kita meningkat, semakin khusyuk kita dalam solat. Kerana kita makin dekat dengan kematian. Solat merupakan amalan pertama yang akan di tanya di barzakh.
Semestinya, setiap kali solat kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Ada sahaja halangan dan gangguan ketika solat. Hati dan fikiran mulai hilang fokus dan melayang. Waktu itu pula macam-macam datang. Bagaimana kita nak hadapinya?
E-Video Khusyuk Solat. Mengandungi 10 Siri kuliah pendek berfokuskan topik khusyuk solat menerusi Kitab Induk Pensucian Diri. Dihuraikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki.
Senarai Tajuk E-Video Khusyuk Solat
1. Solat Lenyapkan Rasa Ujub
2. Punca Hilang Khusyuk Ketika Solat
3. Kenapa Solat Itu Penting ?
4. Bagaimana Nak Solat Khusyuk ?
5. Ikatkan Hati Kepada Allah Ketika Solat
6. Tips Elakkan Terganggu Ketika Solat
7. Bernilaikah Solat Kita Selama Ini ?
8. Penawar Untuk Hadirkan Hati Sewaktu Solat
9. 6 Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Solat
10. Ganjaran Bagi Orang Yang Solat Khusyuk
Moga kuliah-kuliah Dalam E-video Khusyuk Solat ini membantu kita untuk lebih khusyuk dalam solat.
Dapatkan E-Video Khusyuk Solat secara PERCUMA sekarang. Boleh dengar bersama pasangan, anak-anak, adik beradik, ibu ayah dan keluarga. Semoga bermanfaat.
Isi borang di bawah. E-Video Khusyuk Solat akan dapat melalui email selepas borang anda disahkan dalam tempoh 24jam. Pastikan email betul dan sila semak email dari pihak Fatehteam.