E-Video Bangkit Khusyuk Solat

Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat?
Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat?
Bagaimana pula soal penghayatannya?
Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan sedar?
Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?
“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]
Apakah itu khusyuk?
Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. Khusyuk adalah kepasrahan jiwa raga secara total yang disertai dengan sifat kerendahan hati. Bagaimana kita ingin miliki "rasa dan perasaan' tersebut ketika solat?
Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya.
Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati yang pasrah, akur, taat dan patuh kepada Allah. Melahirkan sifat kehambaan dan ketauhidan pada Allah.
Diriwayatkan apabila para sahabat Rasulullah SAW solat ditengah padang pasir, burung-burung akan hinggap dibahu, malah ada diatas kepala dan badan mereka, kerana menyangka mereka ialah pohon kayu. Begitulah, diam dan pegunnya jasad mereka ketika solat.
Bagaimana pula dengan kita insan biasa untuk khusyuk di dalam solat?
Didiklah mereka dengan solat. Sabarlah dalam menyuruh anak-anak solat.
Bentuk peribadi dan akhlak anak-anak melalui SOLAT.
Jika peribadi dan akhlak ada masalah, cuba check sejauh mana kualiti solat itu.
Solat mengambil masa beberapa minit sahaja. Namun, cabaran bagi membangkitkan rasa khusyuk boleh tahan dahsyatnya. Angkat sahaja takbiratul ihram, syaitan terus melancarkan serangan dari pelbagai sudut.
Fikir itu, fikir ini..
Ingat itu, ingat ini..
Sehingga menyebabkan hilang fokus daripada mengingati Allah SWT. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan.
Salah satu tindakan yang boleh diambil ialah menjemput rasa khusyuk semasa sedang solat dengan ilmu khusyuk solat. Dengan izin Nya, akan hadir rasa haibah, rasa haya', khauf dan rasa roja'.
Ilmu khusyuk solat boleh di dapati dalam E-Video Bangkit Khusyuk Solat. E-Video Bangkit Khusyuk Solat mengandungi modul kuliah khusyuk solat menerusi kitab Induk Pensucian Diri (Tazkiyatun Nafs). Di huraikan secara terperinci mengenai bagaimana untuk kita dapatkan solat yang khusyuk.
Pasti ramai diantara kita sangat teringin dan tercari-cari formula untuk menjadi salah seorang hamba Allah yang khusyuk di dalam solat.
InsyaaAllah, dalam E-Video Bangkit Khusyuk Solat ini akan berkongsi ilmu, modul, silibus, formula yang dengan izinNya, akan membantu kita untuk khusyuk di dalam solat.
Senarai tajuk Evideo Bangkit Khusyuk Solat
Sungguh, kita semua sedang berusaha untuk khusyuk dalam solat.
Dengan izin Allah, E-Video Bangkit Khusyuk Solat membawa para pendengar memahami bagaimana untuk mencapai rasa khauf, haya' dan roja' dalam setiap solat dan ibadah yang dilakukan serta membangkitkan rasa kehambaan kepadaNya.
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.” (Surah Al-Mukminun : 1,2 & 9)
Ciri-ciri E-Video Bangkit Khusyuk Solat
1. Mengandungi 10 Siri Pengajian (Setiap siri 35 minit- 1jam)
2. Durasi Hampir 8 Jam
3. Menerusi rujukan Kitab Induk Pensucian Diri (Kitab Tazkiyatun Nafs)
4. Di huraikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki
Semoga pemilik E-Video Bangkit Khusyuk Solat ini memperolehi solat yang khusyuk dan lebih berkualiti dalam meraih cinta Ilahi. Dan setiap kali ingin bersolat, timbul kesedaran bahawa "aku mesti perform dalam solat". Ya Allah, bantulah hambaMu untuk khusyuk dalam solat. La haulawala quwwatailla billah..
HARGA : RM20
Bila E-VIDEO BANGKIT KHUSYUK SOLAT akan dapat?
- E-Video Bangkit Khusyuk Solat akan dapat melalui email selepas pembelian disahkan dalam tempoh 24jam. Pastikan email betul dan sila semak email dari pihak Fatehteam.